Sebanyak 13 buah sekolah rendah dan 36 buah sekolah menengah telah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2014 yang telah diadakan di SM Lok Yuk, Kota Kinabalu pada 9 Ogos 2014 yang lalu.
Pertandingan Robotik ini adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sains Negara, Sasbadi Holding Berhad serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Lima kategori pertandinganadalah seperti berikut:
- Kategori Regular (Sekolah Rendah) – Acara : Rocket
- Kategori Regular (Sekolah Menengah Rendah) – Acara :Sputnik
- Kategori Regular (Sekolah Menengah Atas) – Acara : Space Station
- Kategori Open – Tema : Robots & Space
- Kategori GEN II Football
SDPA telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalamKATEGORI REGULAR (SEKOLAH MENENGAH RENDAH) – SPUTNIK, dan kedua-dua pasukan berjaya merangkul tempat keempat dan kesepuluh.
Tahniah kepada semua peserta dan guru pengiring serta jurulatih yang telah menjayakan sehingga ke peringkat kebangsaan negeri ini.Tahniah Sekali lagi.



No comments:
Post a Comment