Thursday, 25 September 2014

Penutupan Bulan Kemerdekaan SDPA 2014


     Aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan berlangsung dari 18 Ogos hingga 5 September 2014. Program yang telah dijalankan ialah seperti gusti tangan, pakaian kemerdekaan,pertandingan menyanyi lagu patriotik, batu seremban, lompat getah dan lain-lain lagi.Pada hari penutupan bulan kemerdekaan yang telah berlansung pada hari ini telah diadakan penyampaian hadiah kepada pelajar yang telah mendapat johan untuk setiap program yang telah dilaksanakan oleh guru-guru bidang kemanusiaan dengan jayanya. Nyanyian lagu patriotik yang telah dinyanyikan oleh kumpulan pelajar yang menang mengakhiri penutupan bulan kemerdekaan untuk tahun 2014.


AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN







PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA


PROGRAM I WANT SIHAT PERINGKAT DAERAH SEMPORNA


Warga SDPA mengambil bahagian untuk menjayakan program "I WANT SIHAT " 10,000 ribu langkah merdeka peringkat daerah Semporna. Seramai 50 orang pelajar SDPA terlibat untuk program ini.

PROGRAM        : I WANT SIHAT
PERINGKAT      : DAERAH SEMPORNA
DIRASMIKAN     : YB. DATUK RAMLEE MARHABAN
                             (Pembantu Menteri Kewangan Sabah:
                              ADUN N.54 Bugaya)
TEMPAT              :  PADANG PEKAN SEMPORNA
TARIKH               : 06 SEPT 2014
MASA                   : 7.00 pagi


KEJOHANAN PADANG & BALAPAN SDPA KALI KE-41



    Kejohanan padang dan balapan SDPA kali ke-41 telah diadakan pada 26 Ogos hingga 28 Ogos di Padang Utama, SDPA. Aktiviti ini telah dijayakan dengan penglibatan pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. Acara padang seperti lontar peluru, lempar cakera, lontar lembing, lompat kijang, lompat jauh dan lompat tinggi bagi kategori lelaki bawah 15 tahun (kategori B), lelaki bawah 18 tahun (Kategori A), perempuan 15 tahun kebawah (kategori B), dan perempuan bawah 18 tahun (Kategori A) telah berlangsung pada 26 Ogos dari 7.00 pagi hingga 4.00 petang dengan penyertaan pelajar-pelajar sidang pagi dan petang.

ACARA LOMPAT TINGGI L15
Barisan pegawai pentadbiran yang memeriahkan kejohanan padang
Pengetua SDPA turut memeriahkan kejohanan sekolah
Pegawai yang bertugas pada hari kejohanan


Acara disambung semula pada hari berikutnya dengan acara balapan 100 meter, 200 meter, 800 meter, 1500 meter dan saringan untuk acara 400 meter. Setelah acara balapan telah selesai, raptai pebarisan mengikut rumah sukan dan unit beruniform telah dijalankan untuk memudahkan acara penutupan kejohanan.
Pingkat acara padang disampaikan kepada pemenang oleh Pengetua SDPA

ACARA BALAPAN KATEGORI PEREMPUAN 18

 Seterusnya acara balapan 400 meter dan 4x100 meter dimulakan pada 28 Ogos sekitar jam 8.00 pagi. Kemuncak kejohanan padang dan balapan diteruskan pada jam 2.00 petang dengan acara 4x400 meter bagi  ke empat-empat kategori yang dipertandingkan. Kejohanan ini telah diserikan dengan acara pegawai 4x 100 meter bagi kategori pegawai lelaki dan perempuan.

Cikgu Gong selaku pegawai statistik

acara balapan P15




Ketua rumah sukan melibatkan diri untuk acara pegawai 4x 100meter
Majlis penutupan berlangsung dengan ucapan rasmi oleh pengetua SDPA. Pebarisan setiap rumah sukan dan unit beruniform berlansung dengan menarik serta gaya hormat yang tersendiri ditampilkan bagi memeriahkan suasana majlis. Ia diadili oleh hakim jemputan untuk menilai pebarisan yang paling terbaik. Akhir sekali pemenang rumah sukan, dan pembarisan yang terbaik diumumkan. Rumah sukan  yang berjaya mengkumpul emas paling banyak dimenangi oleh NURI, diikutiHELANG, RAJAWALI dan CENDERAWASIH. Bagi pembarisan yang terbaik dimenangi oleh NURI. Secara keseluruhan rumah sukan NURIberjaya untuk semua kategori yang dipertandingkan. Majlis bersurai dengan sesi bergambar.
Krew yang menjayakan kejohanan padang dan balapan kali ke -41
Persediaan pebarisan rumah sukan


Pasukan JUARA






PROGRAM KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG


PROGRAM KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG ( BASIKAL)
SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN 
PERINGKAT DAERAH SEMPORNA 2014




PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2014

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2014 telah dirasmikan  oleh Puan Hjh Halimah binti Abdul Hamid, Penolong Kanan Kurikulum SDPA.


Sambutan ini merupakan satu program tahunan yang diadakan untuk meningkatkan semangat kenegeraan dalam setiap diri pelajar bagi menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan sempena Bulan Kemerdekaan 2014 :
1)            Pertandingan Permainan Tradisional
               (congkak, gusti tangan, batu seremban)
2)            Pertandingan Melukis Logo Kemerdekaan  
                iaitu  MALAYSIA.. Disini Lahirnya Sebuah Cinta
3)            Kuiz Kemerdekaan
4)            Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Gambar Sekitar Pelancaran Bulan Kemerdekaan

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU & PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT DAERAH SEMPORNA

Golongan pendidik di negeri ini perlu meningkatkan keupayaan kreativiti serta inovasi sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban, berkata keupayaan guru menguasai bidang berkenaan akan membantu memudahkan tugas untuk mendidik pelajar.
"Bersesuaian dengan tema Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, golongan pendidik perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berusaha menambah ilmu-ilmu baharu.
"Usaha sedemikian akan mencetuskan perubahan malah mampu menjadikan seseorang guru lebih kreatif dan inovatif selain mendorong penjanaan idea," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 184 penerima bagi peringkat daerah Semporna 2014 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II, Semporna di sini, malam tadi.
Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata, untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.
"Oleh itu golongan guru perlu komited, ikhlas dan berdedikasi dalam menjalankan peranan sebagai penggerak ke arah perpaduan nasional yang dapat menjamin kemajuan serta kemakmuran negara," katanya.
Di majlis itu, Ramlee menyampaikan anugerah kepada Ispal Bakal dan Abdul Malik Abd Rahman yang dipilih sebagai tokoh guru. - BERNAMA

sumber dari :  http://www.bharian.com.my

 *************************************************************************
Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan staf SDPA yang memenangi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat daerah tahun 2014.


Majlis  : Sambutan Hari Guru & Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Semporna, Sabah
Tempat  : Dewan SMK Abdullah II, Semporna, Sabah
Tarikh    : 16 Ogos 2014
Masa       : 7.30 pagi - 12.00 tengahari
 

Pemenang APC 2014, dari kiri : Pn.Zamilah,Pn. Ruhani, Cik Sharifah,Pn. Norizan, En.Aluan, En. Irwansadan En. Nordin


dari kiri: En. Irwansa, Pn. Zaiton, Cik Sharifah, Pn. Zamila, Pn. Hjh. Halimah, Pn. Aminah, Pn. Ruhani, Pn Norizan, dan En. Aluan

PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2014





Sebanyak 13 buah sekolah rendah dan 36 buah sekolah menengah telah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2014 yang telah diadakan di SM Lok Yuk, Kota Kinabalu pada 9 Ogos 2014 yang lalu.

Pertandingan Robotik ini adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sains Negara, Sasbadi Holding Berhad serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Lima kategori pertandinganadalah seperti berikut:


  1. Kategori Regular (Sekolah Rendah) – Acara : Rocket
  2. Kategori Regular (Sekolah Menengah Rendah) – Acara :Sputnik
  3. Kategori Regular (Sekolah Menengah Atas) – Acara : Space Station
  4. Kategori Open – Tema : Robots & Space
  5. Kategori GEN II Football

SDPA telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalamKATEGORI REGULAR (SEKOLAH MENENGAH RENDAH) – SPUTNIK, dan kedua-dua pasukan berjaya merangkul tempat keempat dan kesepuluh.

Tahniah kepada semua peserta dan guru pengiring serta jurulatih yang telah menjayakan sehingga ke peringkat kebangsaan negeri ini.Tahniah Sekali lagi.